Friday 28 December 2012

Demi Allahkah?

Pemergian rakanku benar2 menimbulkan pelbagai persoalan dalam fikiranku... Tidurku payah nak lena... Dihimpit kenangan silam... Lemas dengan pertanyaan... Aku mula mencari jawapan... Selama ini kita hidup untuk apa? Pergi ke sekolah, belajar bagai nak rak, berjaya sampai ke menara gading, semua tu demi siapa? Untuk diri sendiri? Untuk kebanggaan ibu bapa & guru semata-mata? Lepas tu cari kerja, kerja berpenat-lelah, kerana apa? Untuk peroleh harta? Untuk kesenangan diri sendiri? Kemudian cari jodoh, bernikah, dikurniakan cahaya mata, memulakan kehidupan sendiri, demi apa semua ni? Demi mencipta kebahagiaan sendiri? Da banyak duit menderma sana-sini, tolong mereka yg susah, niat kita untuk apa? Untuk disanjungi? Untuk pangkat & status? Semua yg kita lakukan sebelum ni termasuk hari ni, demi Allahkah???

Bila terkenangkan rakanku kembali.. Semuda ini dia pergi meninggalkan alam dunia ke alam barzakh.. Seawal usiaku.. Sebaya diriku.. Dia juga sepertiku.. Menuntut ilmu.. Ambik PMR kemudian tgk result.. Tapi apa ertinya result tu lg, kalau ajal sudah memanggil diri, sedangkan amalan masih belum mencukupi.. Aku mula terfikir, bagaimana sekiranya aku pergi hari ini? Pergi buat selama-lamanya.. Mengikuti jejak rakanku yg telah pun bertemu kekasih abadi.. Kenapa aku kecewa dgn result aku sebelum ni? Kenapa x ambik kesempatan ni untuk bersyukur? Kenapa masih xsedar yg aku masih mempunyai 1 lg peluang? & sekiranya aku gagal sekali lagi dalam mencapai target utk SPM, aku still nak frust ke? Untuk apa aku belajar sebenarnya? Setiap yg bernafas seharusnya meneruskan kehidupan walaupun kadangkala jatuh tersungkur kerana apa ertinya bahagia jika tidak memahami derita.. Walau badai kuat menerjah, kehidupan perlu diteruskan selagi nyawa dikandung badan.. Cuba lihat kembali mereka yg tabah... Kerana apa muslim yg mu'min itu sentiasa kuat mengharungi dugaan? kerana mereka tidak takut untuk kehilangan... manakala kehidupan mereka hanya demi Allah semata-mata...



Wednesday 19 December 2012

Redhakah aku???

Korang... korang yg dpt 8A tu.. Congratz my friends :') .. Ak turut happy ngan korang.. Ak happy tgk korg tersenyum bahagia.. korg berjaya capai target korg.. usaha korg berbaloi sgt.. dpt2 result je terpampang straight A.. wahh.. pandainya kwn2 ak.. congratz skali lg.. ak happy sgt kwn2 ak brjaya.. slama ni kita bersusah-payah kan.. sama2 derita dalam mengejar ilmu.. sama2 saling berkongsi ilmu.. setiap kali ad yg jatuh, kita sama2 bangun.. stiap kali ad yg gagal, kita sama2 bangkit.. stiap kali ad yg kalah, kita sama2 cuba lg.. trima kasih kwn.. pengorbanan korg ak hargai sgt2.. mgkn lps ni ad di antara kita yg akn berpisah.. pergi mmbawa haluan masing2.. ak turut bgga dgn pencapaian korg.. senyuman korg.. gelak ketawa korg.. kebahagiaan korg... smua tu wt ak tersenyum jugak.. tp..... ak xley tipu prasaan ak sndiri.. ak senyum tp dlm masa yg sama air mata ak mengalir.. korang... ak jeles ngan korg.. ak sakit sgt tgk korg brjaya capai target.. ak rs yg hati ak tba2 retak tgk korg brgmbr sama2.. yg 8A smua berbaris.. pedihnye rasa ni! ak gagal, kwn.. ak gagal dptkn straight A.. Perjuangan ak.. pengorbanan ak.. usaha ak.. hnya membuahkan 7A 1B.. korang.. ak nga sedih sgt2.. ak xdpt 8A mcm korg.. ak tewas dlm mncari kecemerlangan.. yg bestnya kelas 3A ad dua org straight A.. ak malu sgt2.. aku segan.. aku pelajar RK.. pelajar yg slalu dipandang tinggi.. yg kalau jwb exam mesti A punyelah.. Tp.. Ak gagal.. korang jauh lebih hebat drpd ak.. emosi ak jatuh scara drastik.. prasaan yg plg sukar utk ak bendung.. Geo ak B.. korang slalu pelik kan kalau geo yg b.. geo kan senang.. main bulat2 tros A.. tp ak.. ak tewas dgn soaln trick geo.. bg ak geo trsgtlah buat ak confuse.. ak xtau mna jawapan yg tepat.. masa ak buat soalan past years, smua tahun ak dpt A.. tp kan korang.. tahun 2012 punye soalan agk mencabar.. aku terkejut sgt tgk soalan.. bukn geo je.. subjek lain pun mmg kebanyakkannya soalan mencabar.. kan smpai kluar berita PMR 2012 plg mencabar.. tp ak masih boleh settlekan soalan2 tu.. tp geo ni.. otak ak blank.. ak xdpt fikir dgn baik.. ak xprnh jumpa soalan2 mcm tu.. korg dpt geo A? pandainya korg.. congratz again, friend.. :')

Kata org ,7A 1B tu xdela truk sgt.. ok la tu.. tp.. setiap kali online.. ramai yg tnya result brapa.. aku xdpt nk jwb soalan mereka tu.. ak masih xbersedia.. emosi ak masih merudung.. kalau jd budak kelas bawah mmgla happy kan dpt 7A.. tp dsbbkn ak berada di ats.. rata2 kami pljr RK yg gagal dpt 8A frust.. Bukannya xusaha.. Boleh dikatakan 24 jam ulgkaji & hanya berhenti utk solat, mkn & tidur.. bangun2 trus study, study & study.. deritanya spnjg perjuangan.. tp ak turut rasa bahagia sbb ilmu dtg hari demi hari.. mungkin kali ni bukan rezeki aku.. ada hikmahnye kan.. firstly, ak dpt rasa mcm mna rasanya mnerima kegagalan.. sakit yg teramat.. strusnya kegagalan ni lah yg sharusnya mnjd pendorong & smgt ak utk terus mnuntut ilmu.. ak xpatut trus sedih dgn pencapaian ak.. geo yg b.. bukannya mt & sn.. ak masih ad harapan utk masuk mrsm.. cuma saingan ak bertambah bilangan.. Tp.. apa2 pun ak patut bersyukur kerana Allah dah byk bg aku nikmat.. ak dpt bljr, tuisyen & mcm2 lah usaha mak ayah & cikgu utk ak.. Byk ilmu yg dah ak peroleh.. yg plg bertuahnya ak.. ak diberi 1 lg peluang.. ak ad SPM.. perlukah ak meratapi yg lps sdgkn masa hadapan yg perlu diberi perhatian.. ak perlu percaya kpd Allah yg smua ni adlh yg terbaik buat ak.. Dalam doa iftitah pun ad sebut 'sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku & matiku hanya utk Allah'.. Apa buktinya kalau ak selalu xredha dgn ketentuanNya.. PMR hanya prjlnn yg bercabang.. Tp SPM perjalanan yg berbukit-bukau.. jd, ak spatutnya lebih serious skrg.. kegagalan hari ini bukan bermakna aku gagal utk esok... kejayaan hari ini juga bukan bermakna kita akan berjaya selamanya.. Ak seharusnya xtakutkan kegagalan.. Inilah kehidupan yg bukan manis berpanjangan..



Sunday 9 December 2012

Mencintai Dengan Sederhana

Cinta sememangnya datang tanpa diduga.. Adakalanya perasaan tu datang tanpa kita sedari.. Saat perpisahan, barulah kita menyedari yg hati seolah-olah kehilangan.. Cinta benar2 membunuh hati.. Tambah2 disertai rindu yg menyiksa batin.. Memendam perasaan pula payah utk dirasa.. Jiwa benar2 lemas dibawa gelora cinta.. Mahu meluahkan tiada keberanian.. Bimbang rasanya lebih menyakitkan..


Rasulullah pernah mengingatkan, 'Barangsiapa yg jatuh cinta, lalu mampu menahan diri dari perbuatan yg dilarang, serta dapat menyembunyikan perasaannya, kemudian dia mati, maka ia mati syahid.' (Hadis marfu' dari sahabat Ibnu Abbas dan 'Aisyah)


Aku mulai sedar bahawa cinta & rindu itu sememangnya teramatlah sukar untuk dibendung.. Apatah lagi menyembunyikannya.. Cinta yg dipendam itu sememangnya mengancam jiwa manakala rindu yg berlarutan itu membuatkan hati menjadi lara.. Cinta tersangatlah memedihkan.. Barangkali kita lebih memilih untuk tidak mengenalinya daripada menanggung kesakitan mencintainya..


Bangunlah wahai insan, jangan biarkan cinta menghanyutkan dirimu.. jangan sampai dia mengambil tempat dihatimu yg seharusnya diserahkan kepada Allah.. Biarlah cinta & rindu ditujukan kepada Pencipta Nyawa.. Mungkin kehadiran rasa cinta kita kepada seseorang itu merupakan salah satu bentuk ujianNya.. Dia mahu melihat sekuat mana kita melawan nafsu & seutuh mana iman kita.. Sekiranya kita xdapat menahan semaraknya rindu dendam, luahkanlah kepada Allah.. Kita ada doa.. Itulah perisai orang muslim.. Tenangkan fikiran... Luahkan kepada Allah.. Ceritakan semua isi hati kepadaNya.. Mohon dijaga hati.. & mintalah Allah menyampaikan salam rindumu buat si dia.. Kita perlu percaya kepada Allah.. Biarlah Dia yg menyampaikan rindu kita dengan caraNya yg terindah..





Apa yg perlu dikejar adalah cinta kepada Allah & rasulNya.. Cinta kepadaNya lebih menenangkan & lebih menemukan kita kepada kebahagiaan yg sebenar.. Cukuplah mencintai si dia dengan sederhana.. Kelak dirimu x pernah kecewa.. Cinta sejati adalah ketika kamu harus merelakan dirinya pergi, mungkin x akan kembali, namun kamu menyedari dia akan selalu di hati.. :)


..Aku ingin mencintaimu dengan sederhana..







Tuesday 4 December 2012

Mencari CintaMu

Sejak kebelakangan ni, aku dpt rasakan yg aku semakin jauh dengan Allah.. Solat aku selalu xkhusyuk.. Al-Quran selalu dipinggirkan.. Perkara yg sunat selalu ditinggalkan..Disiplin diri semakin berkurangan.. Entah kenapa aku kembali pada diri aku yg dulu.. Iman xtetap & berkurangan.. Selepas cinta aku kpd seseorg dah ditarik, cinta aku kepada Allah pula ditarik.. Rindu aku kepada Nabi Muhammad xdpt dirasa lagi.. Cinta mula pudar.. Rindu pula xmendatang.. Aku sengsara dengan diri aku yg sekarang.. :'(



Menangis & terus menangis di mana kan kucari cintaMu.. Kenapa sukar untuk memperoleh hidayahMu.. Sedangkan kehilangan itu teramatlah mudah.. Istiqamah dalam beribadah gagal kulaksanakan.. Entah kenapa hari itu aku bangun dengan jiwa yg kosong.. Aku seperti kehilangan segalanya.. & aku sangat takut untuk kehilangan cintaMU Ya Allah.. Kehidupanku seperti tidak teratur.. Aku seperti pengemis yg hanya mendambakan cintaMU..




Aku merenungi diri di kala awan mendung yg pekat melanda jiwaku... Aku mahu kembali... Kembali mencari cinta yg menghilang.. Kembali mencari rindu yg xmendatang.. Impianku adalah untuk bertemu denganMu & rasulMu.. Di mana di akhirat kelak, manusia akan dikumpulkan bersama dengan yg mereka cintai.. Bertemu denganMu adalah sesuatu yg paling bermakna berbanding Syurga.. Tapi, layakkah aku...


Ya Allah, aku memohon curahan cintaMu & kecintaan orang-orang yg mencintaiMu, serta memohon curahan rahmat yg dpt menghantarkan diriku mencintaiMu. Ya Allah, jadikanlah kecintaan kepadaMu lebih tertanam dalam diriku, melebihi kecintaan pada diriku sendiri & kecintaan pada keluargaku..




Wednesday 24 October 2012

Hati tak setia

Dulu kita boleh kata kita suka dia selamanya.. Berjanji xkan pernah curang & melukai.. Cinta sampai mati.. Rindu xpernah berhenti.. Takkan berpaling selagi belum dimiliki.. Hakikatnya, hati xboleh dipercayai.. Allah Maha Membolak-balikkan hati seseorang manusia.. Memang pada zahirnya kita tersenyum melihat dirinya.. Namun, cinta hanya sementara.. Mungkin kelmarin kita prihatin padanya & mula jatuh cinta pada keesokan harinya.. Tapi, belum tentu hari ini kita boleh setia. Mungkin esok kita membencinya & curang pada lusanya.. Selama mana diri cuba bertahan, hati mungkin payah nak setia kerana Allah boleh melakukan apa sahaja.. Fitrah manusia sememangnya menginginkan yang sempurna.. Semakin lanjut usia, semakin kita menemui yang lebih sempurna.. Pada masa ini, hati xsetia lagi buat yg sebelumnya.. Adakalanya kita belum menemukan sesiapa selepas dirinya, tapi sudah berhenti untuk mencintai.. Mungkin hati perlukan Ilahi untuk memperbaiki diri.. Saat diri terasa sendiri, saat kekosongan mengisi ruang di jiwa, Allah menjadi peneman pada waktu sepi.. Mungkin cinta kita masih kurang buat Sang Pencipta.. Oleh itu, Dia menarik cinta kita kepada manusia untuk kembali menumpukan perhatian kepadanya.. Cinta kpd Allah xkan pernah berubah kerana Allah sememangnya luar biasa & terlalu sempurna.. Sedangkan cinta kpd manusia mungkin xsetia kerana sememangnya tiada yang sempurna.. Jadi, cinta Ilahi perlu dikecapi sebelum mencari cinta ciptaanNya.. Namun, hati yang kosong dikhuatiri terjatuh cinta lagi.. Sehingga terberi ruang di hati untuk dimiliki.. Ya Allah jagalah hati kami.. Cucurilah rahmat yang boleh membawa kami kepada cintaMu.. Jadikanlah cinta kami kepadaMu melebihi cinta kepada diri sendiri & orang lain.. Agar kami peroleh keredhaanMU.. Sedangkan cinta kepada Allah sukar untuk setia, apatah lagi cinta kepada manusia.. Hati mungkinkan setia setelah diijabkabulkan atas dasar wajib mencintainya kerana Allah SWT..


Friday 28 September 2012

Self-esteem

I opened my eyes & realized that PMR is just around the corner... Then, i asked myself.. 'Am i ready for my examinations? Do i have enough preparations? Why do i still burning with curiosity with my lessons? Why the time passes by too fast?'


While i am in fidgety, Naruto arised in my mind... Why do i wasting my time with too much thinking? I just need to be self-esteem & make much headway to realize my aspiration.. I need to emulate Naruto who does not  know the meaning of give up.. Although he always been condemned, he never felt down and brings to one's mind in proceeding success..

I need to learn constantly as long as the limit will allow.. I must also revise my lessons continuously so that i can make head or tail with them.. Why should i compel myself to study till the wee hours of the morning?.. That will only make me fail to be in a pink of health... Sacrifice in struggle to accomplish my dreams should be my way to be a better people who can excel in everything i do... Success comes to those who persevere & hard work..

Do pray for me, guys.. Wish me the best to pass the test with flying colours.. Now, i'm trying to push my limit against time.. I am eager to face my examinations & finally be at large.. I also believe that where there is a will, there is a way.. 10 days left & the war will begin!

Friday 14 September 2012

Berikan Aku Masa

Aku di ambang peperangan yang terbesar buat kali keduanya.. Impianku untuk menggenggam kemanisan dalam peperiksaan mungkinkah menjadi fatamorgana semata-mata.. Mampukah aku membebaskan diri dengan membawa kenangan terindah dalam masa yang singkat ini...

Ya Allah, berikan aku masa.. Berikan aku waktu untuk mempersiapkan diriku dalam memikul harapan yang sangat besar ini.. Permudahkan aku dalam kesukaran menuntut kejayaan.. Tabahkan hatiku dalam berjuang mencakar langit dunia... Jangan biarkan butir-butir indah itu terlepas daripada pangkuanku.. Dalam aku meneruskan perjalananku ini Ya Allah, sucikan hatiku agar ilmu yang diperoleh tidak tercicir.. Bukakan fikiranku agar aku tidak terlena dengan buaian dunia.. Lapangkan dadaku agar aku tidak tertekan dalam mencengkam perkara yang sukar ini.. Kurniakan aku kesihatan & ketenangan agar diriku lancar menghadapi liku-liku perjuanganku.. Tunjukkan aku jalan.. Berikan aku hidayah.. Permudahkanlah urusanku.. Moga-moga aku tidak tersungkur dengan parut yang xmungkin hilang..

Ya Allah, hindarkan aku daripada ketinggalan jauh daripada sahabat-sahabatku.. Hilangkan manik-manik putih yang membasahi pipi andai kepahitan itu yang bakal menjadi milikku.. Kuatkan hatiku untuk bangkit semula menggapai kejayaan yang telah terlepas.. Wujudkan keyakinanku saat diri mula kecewa & hampir rebah.. Pintaku Ya Allah... Jangan jadikan sejarah menyakitkan itu menjadi penyebab aku lumpuh selama-lamanya.. Saat aku jatuh... Hulurkanlah cahayamu mendorong aku bangun dari hati yang retak... Rawatlah hatiku yang punah-ranah dengan sinar hikmahmu.. Jangan biarkan aku terhanyut dengan kekecewaan.. Sebaliknya, jadikan aku seorang yang kuat menghadapi kegagalan.. Hanyutkan perasaan kecewa itu bersama air yang mengalir di sungai yang jernih.. Isikan kekosongan hatiku dengan nur dariMu..

Ya Allah Yang Maha Bijaksana, bantu aku mengunakan kekuatan akal fikiran yang telah Kau kurniakan ini.. Jangan Kau pudarkan nikmatMu yang aku miliki ini Ya Allah.. Sebaliknya, pimpinlah aku untuk tidak mensia-siakannya.. Jangan biarkan aku sendirian saat jiwa lemah & tidak semangat.. Titipkan hidayahMu agar aku tidak dibuai angan & bangkit untuk berpijak di bumi nyata.. Berbekalkan masa yang teramat suntuk ini Ya Allah, jagalah diriku daripada terpesong ke jalan kegagalan.. Bantulah aku untuk tidak menyia-nyiakan perngorbanan guru & ibu bapa yang menaruh harapan yang tinggi.. Hadirkan ukiran senyuman di wajah mereka dengan menjadikan aku insan yang cemerlang.. Agar aku bisa melangkah dengan lancar bagi perjuanganku seterusnya..

Seandainya kejayaan itu milikku, jadikan aku insan yang tidak mudah alpa.. Insan yang sentiasa bersyukur.. Insan yang sentiasa pasrah kepadaMu.. Insan yang bergerak berdasarkan panduanMu.. Insan yang berjuang di jalanMu..  Insan yang sentiasa tabah menghadapi peperangan seterusnya.. Demi kejayaan di dunia & di akhirat......

Saturday 8 September 2012

Kerana Cinta

Siapa sangka watak yang pengecut dan pemalu bertukar menjadi watak jahat.. Tiba masanya untuk menerima hakikat.. Tobi ialah Uchiha Obito..



Argh!! Still xley trima hakikat.. How can he still alive? Npe dia muncul balik dengan watak yg kontra dengan diri dia yg asal? Why Obito? Nape kau berubah hah???? Once, he had said to Kakashi..

I'm the only one that didn't give u a present when u became jounin, kakashi.. u can have my sharingan...




Woah.. terharu masa ni sampai manik-manik putih berderai membasahi pipi.. ceyh..! Bila flashback balik, Obito pernah ckp 'i leave Rin to u'.. & ternyata Obito bertukar menjadi Tobi disebabkan....




Ternyata cinta yang telah mengubah segala-galanya...~

Obito sukakan Rin.. Tp Rin sukakan Kakashi.. Masashi Kishimoto mmg suka buat cinta 3 segi kan.. Sama mcm Naruto jugak.. Naruto sukakan Sakura.. Tp Sakura sukakan Sasuke.. Nasib baiklah Naruto xletak harapan tinggi sgt dekat Sakura. Sebaliknya dia ambik jalan menuju ke arah kebaikan ^^
Harap2 team Konohamaru xmain cinta 3 segi nih.. haha.. Jauh sgt lg tu..

Kesimpulannya... jangan terlalu mencintai seseorang.. Takut kita xdpt control diri kita.. smpai brubah jd org lain.. smpai diri tersasar dlm kegelapan.. smpai persahabatan terlerai disebabkn cinta yg meledak... :)







Sunday 26 August 2012

Andai Masanya Belum Tiba

Doa khusus bagi sesiapa yang masih menuntut ilmu atau belum bersedia utntuk berkahwin tetapi sudah jatuh cinta pada seseorang.. Buat yang bercinta atau yang bercouple, amalkan doa ni selalu & berhenti sebelum tiba masanya.. Andai masanya sudah tiba barulah boleh bercinta di alam perkahwinan..


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada melakukan perkara yang tidak memberikan manfaat,
& jauhkanlah aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak melebihkan cinta kepadaku daripada cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaanMu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
& jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkanlah kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah & iffah,
Agar kami tidak mengundang murkaMu,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai Ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untukku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buat dirinya,
Berikanlah dia insan yang benar-benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang mampu memimpinnya ke syurgaMu,
& bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cintaMu.

Amin

Sunday 12 August 2012

Mencintai & Dicintai

Aku mencintai seorang lelaki.. Dalam waktu yang sama aku dicintai lelaki yang lain.. Namun, terdapat seorang gadis yg mencintai lelaki yg mencintai aku tersebut.. Aku dilanda cinta 4 segi...



Aku menyembunyikan perasaanku & oleh sebab itu aku tdk tahu bagaimanakah perasaan si dia yg aku cinta terhadapku.. Adakah dia sudah berpunya? Atau masih belum disapa cinta?

Namun, aku tidak memahami perasaan yg melanda diriku saat ini.. Kenapa perlu wujudnya perasaan cemburu?? Saat terlihat lelaki yg mencintai aku bersama seorang gadis yg mencintai dia, darahku berderau... hatiku terguris.. fikiranku bingung.. gelora amarah meledak-ledak melihat gadis tersebut..

Ya.. Aku x pernah membalas perasaannya.. Tp ak mulai sedar perasaanku berubah melihat dia bersama yg lain.. Sdgkn ak mencintai lelaki lain.. Adakah aku turut menyayangi dia???

Antara si dia yg kita cintai dengan si dia yg mencintai kita.................
Namun.. perlukah diri ini menanti pada yg xsudi.. Sdgkan yg mencintai telah lama menanti...
Kumengharapkan pertolongan Ilahi.. Hentikan perasaan ini.. Jagalah hati kami~

Thursday 5 July 2012

Bestfriends really exist

Assalamualaikum kawan2.. Setuju dgn statement ni.. 'Bestfriend doesn't exists'.. ???

Sesetengah orang berkata ya kerana
1) tiada manusia yg sempurna
2) kawan ada je nak sakitkan hati kita
3) rahsia xboleh dijaga
4) kawan xboleh selesaikan masalah kita
5) kawan hipokrit

Jadi, mereka hanya berkawan biasa2 & saling xpercaya.. hanya suka2 dan berkawan demi kepentingan diri sendiri.. Hanya menjadi tempat bergossip dan mengumpat.. tempat bermain dan mempermain..
Tatkala mereka bersedihan.. kawan meninggalkan kawan.. kawan tidak hiraukan sesama sendiri.. pergi menjaga hal sendiri.. Kemudian, terbisiklah hati mereka.. 'Kawan sejati sememangnya xwujud'..

Mereka tidak menyedari bestfriend itu wujud cuma mereka saje yg masih belum menemuinya.. Jadi, statement 'bestfriend doesn't exist' bukanlah sesuatu yg benar.. Kita masih belum menemuinya..

Apa yang dimaksudkan dgn teman sejati???




Teman sejati ialah teman yg berkawan kerana Allah swt & saling mengingati menuju ke SyurgaNya..
Bagaimana boleh wujudnya kenyataan bahawa teman sejati itu tidak wujud??? Sedangkan manusia yg beriman itulah teman sejati.. Walau mereka masih belum sempurna mencintai Allah swt, mereka tidak melalaikan & merosakkan.. Mereka tidak mengumpat dan membuka keaiban.. Mereka hanya berdiam diri sekiranya tiada perkara yg berfaedah utk disembangkan...

Senangkah utk mencari kawan sedemikian?
Kita berada di akhir zaman.. teman sejati itu bukan mudah utk dicari.. tp lihatlah diri kita sendiri? adakah kita layak digelar teman sejati? Pantaskah kita memiliki teman sejati sedangkan diri masih belum kenal Ilahi? Bagaimana mungkin kita menemui teman sejati andai diri sendiri tidak mampu utk dibimbing..

Walaupun begitu, percayalah teman sebegitu wujud.. Walau kawan sering menghasut, nasihatlah secara baik.. InshaAllah dia berubah & menjadi teman sejati.. Bagaimana pula dgn teman yg tdk suka menerima nasihat? Yg ego & tdk suka berkawan dgn kita kerana nasihat? Yg tgglkn kita kerana tidak moden?
Setelah mengenali kita, mereka rasakan kita tidak sesuai buat mereka.. Berasa bosan dgn kita & mencari teman yg lain.. Ditinggalkan oleh kawan sehingga membuatkan kita rasa rendah diri & lemah smgt.. Sehingga kita berubah & terpesong drpd ajaran Islam demi memenuhi ciri2 yg kawan kita mahukan.. Perlukah dikejar kawan sedemikian???


Wahai kawan.. usah dikejar kawan sedemikian.. Sudah terang lg bersuluh mereka bukan kawan sebenar.. Sanggupkah kita mengetepikan ajaran Islam demi mendapatkan seorang kawan??? Walau tiada seorang pun yg ingin berkawan dgnmu redhalah.. Fikirkan mereka yg sentiasa di sampingmu drpd memikirkan mereka yg meninggalkanmu.. 


Dalam 1000 kawan mungkin ada seorang yg memahami & menyayangi kita.. Org itu ialah org yg bersahabat berdasarkan iman, taqwa & amal soleh... 


Mereka bukan sekadar kawan ketawa tetapi juga merupakan kawan menangis.. Sewaktu kita sedih & mempunyai masalah mereka tidak melarikan diri.. Walau dia tidak memujuk, dia masih menemani & berada di samping diri ini.. dia menangis tatkala kita menangis.. & dlm diam dia berdoa meminta pertolongan drpd Ilahi utk kebahagiaan kita.. Dia juga tidak takut dibenci oleh kawan yg lain demi membela kita.. Dia tidak takut kehilangan seribu kawan yg jahil tetapi takut utk kehilangan seorg kwn yg beriman..

Sesetengah manusia hipokrit dlm berkawan.. Saat ramai kwn2 yg mencela seorg kwn.. dia membiarkan begitu sahaja walaupun seorg kwn itu benar.. dia berasa bahawa jika dia membela seorg kwn itu, dia kehilangan ramai kwn.. 


Janganlah bersedih pabila dibenci rakan.. Janganlah rebah tatkala sendirian.. itu merupakan permulaan menuju kedewasaan.. Biarlah hina dimata manusia asalkan mulia di mata Allah.. Walau fitnah disebar , usah takut jika diri benar.. Biar skrg diuji drpd hidup tanpa erti.. 

Bersabarlah wahai sahabat... Menangislah jika itu yg mampu membuat dirimu lebih tenang.. Mengadulah pd yg Esa.. Pasti Allah telah menyediakan seseorg cuma belum tiba masanya... 





Sunday 24 June 2012

Taraf RK

Kata2 guru terhadap pelajar kelas bawah & respon pelajar:

Guru: Awak ni malas betullah.. X teringin ke nk jd pandai mcm budak RK?
Pelajar: Ala cikgu.. diorang da terlebih pandai.. mana kitorang ley lawan..

Guru: Bila nak siapkan folio? Kelas RK semua da hantar..
Pelajar: budak RK, mmgla rajin..

Guru: Da la bodoh.. Kawan lak dgn budak perangai setan.. cubala rapat2 ngan dak RK
Pelajar: Budak RK mna nk kwn ngan kitorang.. Diorg kan high class

Guru: Penatlah ajr awk ni.. bukan ley paham pon.. buang tenaga sy je..
Pelajar: duduk pon kls bwh.. mmgla susah paham.. kami bukan budak pandai..

Setiap kali guru masuk kelas, guru akan kasi nota n bwk rotan.. Bila xsiap mesti kena paksa2 n rotan terus.. denda je keje cikgu.. tegas sungguh dekat kelas bawah.. Pelajar kls bawah sering berasa rendah diri & always memuja-muja kls RK..

Luahan hati pelajar kelas bawah:

Cikgu... mmg kami lmbt pick up.. IQ rendah,, smpai kami rendah diri & memandang tggi trhdp kls RK.. tp perlu ke ckgu terasa dgn kami smpai xnk masuk kls & biarkan kami bodoh slama-lamanya.. ckgu just ltak harapan kt kls RK.. tp kami dipinggirkan.. dlm hati ckgu mesti ckp 'sia2 je ajr budak bodoh.. bukan ley dpt straight A pon'.. ye.. mmg kami sukar utk dpt straight A.. tp skurg-kurgnya jika ckgu trus mgjr kami.. kami dptla jugk ilmu walaupun sedikit..

Kata2 guru terhadap pelajar kelas RK & respon pelajar:

Guru: Awak ni pemalas.. xpernah sy jumpa budak x berdisiplin yg berjaya.. inilah pelajar RK yg plg terok pernah sy jumpa..
Pelajar:.............................

Guru: Bila nak hantar homework ha? klu awk budak kls bwh bolehlah sy rotan.. ni kelas RK.. awk sepatutnya matang & xperlu dimarah marah!
Pelajar:............................

Guru: haih?! soalan ni pun xdpt jawab?? sy igt bagus sgtlah kls RK ni.. smpai kls bawah tabik2 awak.. rupa2nya awk sama je macam mereka..
Pelajar:..............................

Guru: awk ni nk guru suap je.. xnk lgsung usaha sendiri.. kalau kls bwh tu , yela sy kasi nota.. tp awk kls RK spatutnya matang utk usaha sndiri.. jgn hrp cikgu je!
Pelajar:................................

Guru: sy pantau ye kls RK.. kls ni gedik je lebih.. bercinta je kejenye.. posing2 dlm fb.. annoying largh! eh.. awk xsedar ke ha PMR nk dekat.. pergila tanam laptop awk tu dlm tanah.. jgn bukak slagi x PMR!!

Guru: sy xsgka keputusan awk sgt teruk! awk ni xmcm kls RK sebelum2 ni.. main je byk! xpernah nk serius bila bljr! smua guru komplen ttg kelas awk.. Sy cabar awk semua dptkan straight A satu kls! boleh ke ha? sy xyakin dgn awk smua.. awk ni seolah-olah akn jatuhkan reputasi RK!!
Pelajar:.............................

Guru: dgn result awk yg mcm ni.. bukn awk tau yg kna berhdapan dgn pengetua.. kami ni guru yg kna berhadapan dgn pengetua smata-mata sbb awk je.. awk ni menyusahkan tau x??!
Pelajar:............................

Guru: Keputusan awk tidak melambangkan TARAF RK sebenar..
Pelajar:..................................

Kalau xsiap keje mesti dibanding-bandingkan dgn kelas bwh.. mesti dicabar n dimaki.. direndah-rendahkan & marah smpai xnk masuk kls.. Bila dibandingkan.. terasa diri dicabar.. tambah2 kalau pelajar bawah melepasi RK,.

Luahan hati seorg pelajar RK:

Cikgu.. walaupun kami dapat 5A dalam UPSR.. Walaupun kami kelas yg teratas.. tp.. kami bukan semulajadi pandai.. Kami masih perlukan bimbingan cikgu utk mengajar kami.. mmgla cikgu xnk suap kami.. cikgu nk kami usaha sendiri kan.. tp cikgu.. kalau cikgu da sampai xnk masuk kls.. xnk mengajar kami.. apa yg kami nak usaha?? tunjuk ajar drpd cikgu belum cukup utk kami usaha sendiri.. Kami perlukan bimbingan.. kemudian barulah disertakan usaha.. tp cikgu seolah-olah tdk memberkati ilmu yg cikgu curahkan.. Malah, cikgu merendah-rendahkan kami, membanding-bandingkan kami dgn kls lain, mencabar-cabar kami, terasa hati dgn kami & byk lg.. mesti niat cikgu buat begitu supaya kami berubah.. tp hakikatnya.. tindakan cikgu tersebut melemahkan smgt kami.. trasa diri xberguna lgsung.. terasa dibenci oleh cikgu.. cikgu buat kami rs bersalah smpai xtng ketika belajar,, ye , kami akui.. kami perlukan nasihat.. tp.. kami xperlukan caci maki hamun.. tdk mengapalah kalau hanya sehari.. tp cikgu.. hampir setiap hari cikgu meluahkan perasaan benci cikgu terhadap kami.. cikgu melantangkan suara cikgu sehabis-habisnya.. cikgu bayangkanlah.. setiap guru mata pelajaran yg masuk merendah-rendahkan kami.. sehingga masa yg seharusnya digunakan utk bljr dihabiskan dgn luahan cikgu sahaja.. cikgu terlalu touching dgn kami pelajar RK.. 

Cikgu... guru itu ibarat lilin yg membakar diri.. tugasnya utk mendidik pljr.. jd, knapa ckgu x tunjukkan kpd kami pengorbanan ckgu sbagai seorg pengajar,.. sebaliknya cikgu mgharapkan kami usaha sendiri dan skor A dlm setiap mata pelajaran.. sehingga ada di antara kami yg menangis krana kata2 cikgu.. terasa kata2 cikgu tu sbgai sebuah doa bahawa kami tdk dpt berjaya.. cikgu... sekeras manapun kami belajar.. tp tanpa guru siapalah kami.. di mata cikgu kami tersgtlah pemalas.. walaupun begitu, kami tetap cuba sedaya upaya utk skor straight A.. tp cikgu tetap kata yg kami xpernah berubah.. cikgu hanya melihat keburukan kami.. tp xmemandang kebaikan kami.. kami buatlah apa2 pun.. tetap cikgu tawar hati dgn kami.. Kami ditekan dan dicabar berterusan.. sehingga kami tertekan & rs resah gelisah berpanjangan..

Cikgu... kami perlukan cikgu.. naikkanlah smgt kami.. berkatilah ilmu yg dicurahkan olehmu kpd kami.. doakanlah kami agar berjaya.. Kami akan buktikan yg kami mampu.. & kami akn buktikan andaian cikgu yg kami akn jatuhkan reputasi RK tidak benar.. Insha-Allah.. :')

Friday 8 June 2012

Hati Bukan Untuk Dipermain

Wahai kaum Adam.. Perempuan itu bukan dicipta dari tapak kaki untuk dipijak, bukan juga dari kepala untuk disanjungi.. tetapi dari rusuk sebelah kiri dekat dengan lengan utk dilindungi serta hanpir dgn hati untuk disayangi.. Hati wanita itu sangat mudah tersentuh.. Maka dari itu, janganlah kalian hadir dalam hidupnya jika tidak tahu menghargai.. jangan curi hatinya jika sekadar mahu melukai.. & jangan memberi harapan palsu jika itu membuatnya derita..












Kehadiranmu membuatkan fikirannya melayang jauh hanya kerana teringatkan kamu.. Perhatianmu menyebabkan wanita rasa dihargai & dicintai.. Kemesraanmu menjadikan wanita terasa rindu jika tiada khabar berita daripadamu.. Sehingga mereka yakin yang kalian juga menyayangi mereka.. Sehingga mereka terluka tatkala meluahkan rasa cinta..








Walaupun tiada niat di hatimu.. Walau sebanyak manapun maaf dirimu ungkapkan.. Walau dirimu cuba perbetulkan keadaan.. Kau telah mengukir parut di hatinya..




                                          





Kadang mereka terfikir, masih ramai lagikah gadis kau lakukan seperti itu? Berapa ramai lagikah yang jatuh cinta kepadamu?? Sebanyak manakah hati yang sedang kecewa rasa dipermain keranamu???
Lebih parah jika kau bilang cinta kepadanya sedangkan masih ramai gadis kau katakan sedemikian..




Aku mula sedar lelaki sepertimu hanya mencari keseronokan semata-mata.. ingin mencari mangsa utk menguji kuasa... & bakal pergi begitu sahaja..









Wahai wanita, jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk tidak bercinta sehinggalah engkau yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan..


Buat lelaki.. Lelaki dan perempuan ibarat megnet.. Kalau kalian bersikap terlalu mesra, perempuan2 akan mengambil kesempatan atas kemesraan kalian & ini akan menimbulkan satu harapan dalam hati mereka. Jika kalian sangat mencintakan wanita, kalian pasti tidak mahu mengecewakan mereka.. Rasulullah saw sendiri tidak pernah bergurau-senda dgn mana2 perempuan kecuali dgn isteri2nya.. Wassalam...









Monday 4 June 2012

Perhubungan Antara Lelaki & Wanita

Aku dan dia kawan sahaja.. Kami kelihatan mesra.. Sering bergurau senda dan berbicara soal agama... Tapi, lama kelamaan hati menjadi rindu.. hati merindu , asyik merindu , tersentuh rasa.. Tidakku terduga timbulnya sayang.. Andai tiada berita darinya menjadi gundah.. Apakah hati dah gila bayang?






Siapa yg x jatuh cinta pada putera agama..? namun.. aku terfikir seketika.. walaupun kita hanya berkawan & berhubung ke arah kebaikan, bukankah itu masih permainan syaitan?? persoalan ni timbul setelah terbaca post di bawah..

"Kami tak couple. Alhamdulillah, dia selalu ingatkan saya pasal solat, pasal cara pemakaian yang betul, pasal Allah, pasal Islam, dll. Kami siap call untuk kejut Subuh lagi. Kami tak dating, buat study group saja. Saya rasa bersemangat untuk belajar."

Oh Syaitan, liciknya engkau!!!
 
Terasa hairan apabila melihat statement di bawah yg mengatakan syaitan licik sdgkan dialog di atas baik2 sahaja.. Skrg, aku da bebas drpd dibelenggu kebingungan.. Lelaki & wanita boleh berhubung untuk perkara penting sahaja.. Tp, macam mana kalau dlm bersembang ttg bnda penting diselitkan dgn gurau-gurauan? Tidak perlu berlebihan.. tambah2 buat wanita.. kita sepatutnya jd mahal sikit.. biala dia ckp kita sombong..Cuba kalian fikir, kalau kita wanita terlalu melayan sgt sampai mesra, kita ley terbuat dia sukakan kita.. Kalau ramai yg kita layan, lagilah byk kita permainkan perasaan org.. Setengah org ckp 'nak wat camne, aku kan peramah'.. peramah kenalah bertempat.. xperlu berlebihan..

Ok, berbalik pada dialog di atas.. Kalau dia mengubah kita ke arah kebaikan alhamdulillah.. but, dialog tu walaupun xcouple dia sampai calling2.. membiarkan lelaki tersebut mendengar suaranya... study group pulak kalau secara beramai-ramai xpe.. kalau just berdua err da jd lain.. hehe.. lgpn, boleh ke study depan org yg kita suka? confirm xmasukla ap yg kita bincangkan.. ni just pendapat ak.. xtau la kalian camne.. huhu..
Seterusnya yg menjadikan benda ni jd xbaik adalah niat. Kita suka dia.. Kita pun cari jln camne nak rapat dgn dia.. jgn jd hipokrit ye.. n_n

Kesimpulannya, kita perlu jaga pergaulan dgn yg bukan muhrim.. iman kita boleh tergugat bila2 masa je.. so, for girls especially.. termasuk diri ni sendiri.. lps ni kalau boleh da xnk terlampau mesra dgn laki.. xnk jd playgirl da.. haha.. ley jd ak yg tersuka dkat kau or kau tersuka dekat aku.. or sama2 suka.. hehe.. but, kita masih muda.. x sggup tanggung derita barah cinta.. xsggup jugk tgk hati korang retak.. jd, klu ak sombong jgn marah.. i just take care of your heart.. :)