Sunday 9 December 2012

Mencintai Dengan Sederhana

Cinta sememangnya datang tanpa diduga.. Adakalanya perasaan tu datang tanpa kita sedari.. Saat perpisahan, barulah kita menyedari yg hati seolah-olah kehilangan.. Cinta benar2 membunuh hati.. Tambah2 disertai rindu yg menyiksa batin.. Memendam perasaan pula payah utk dirasa.. Jiwa benar2 lemas dibawa gelora cinta.. Mahu meluahkan tiada keberanian.. Bimbang rasanya lebih menyakitkan..


Rasulullah pernah mengingatkan, 'Barangsiapa yg jatuh cinta, lalu mampu menahan diri dari perbuatan yg dilarang, serta dapat menyembunyikan perasaannya, kemudian dia mati, maka ia mati syahid.' (Hadis marfu' dari sahabat Ibnu Abbas dan 'Aisyah)


Aku mulai sedar bahawa cinta & rindu itu sememangnya teramatlah sukar untuk dibendung.. Apatah lagi menyembunyikannya.. Cinta yg dipendam itu sememangnya mengancam jiwa manakala rindu yg berlarutan itu membuatkan hati menjadi lara.. Cinta tersangatlah memedihkan.. Barangkali kita lebih memilih untuk tidak mengenalinya daripada menanggung kesakitan mencintainya..


Bangunlah wahai insan, jangan biarkan cinta menghanyutkan dirimu.. jangan sampai dia mengambil tempat dihatimu yg seharusnya diserahkan kepada Allah.. Biarlah cinta & rindu ditujukan kepada Pencipta Nyawa.. Mungkin kehadiran rasa cinta kita kepada seseorang itu merupakan salah satu bentuk ujianNya.. Dia mahu melihat sekuat mana kita melawan nafsu & seutuh mana iman kita.. Sekiranya kita xdapat menahan semaraknya rindu dendam, luahkanlah kepada Allah.. Kita ada doa.. Itulah perisai orang muslim.. Tenangkan fikiran... Luahkan kepada Allah.. Ceritakan semua isi hati kepadaNya.. Mohon dijaga hati.. & mintalah Allah menyampaikan salam rindumu buat si dia.. Kita perlu percaya kepada Allah.. Biarlah Dia yg menyampaikan rindu kita dengan caraNya yg terindah..





Apa yg perlu dikejar adalah cinta kepada Allah & rasulNya.. Cinta kepadaNya lebih menenangkan & lebih menemukan kita kepada kebahagiaan yg sebenar.. Cukuplah mencintai si dia dengan sederhana.. Kelak dirimu x pernah kecewa.. Cinta sejati adalah ketika kamu harus merelakan dirinya pergi, mungkin x akan kembali, namun kamu menyedari dia akan selalu di hati.. :)


..Aku ingin mencintaimu dengan sederhana..







No comments: