Friday 12 December 2014

Kerana lewatkan solat

Dia segera mengambil wudhu dan melaksanakan Solat Maghrib.

Lambat.

Tetapi pada anggapannya asalkan dia bersolat, kewajipannya akan tertunai.

Dia mula membaca doa iftitah dan memulakan rukun-rukun solat sehingga ke sujud akhir dan kekal seperti itu buat sementara waktu. Dia telah bekerja sepanjang hari dan dia berasa letih, sangat letih.

Dia tiba-tiba terbangun kerana terdengar bunyi bising dan jeritan manusia. Dia terpempam.

Dia memandang sekeliling. Dia berpeluh semahu-mahunya.

Dia memandang sekeliling sekali lagi kerana tidak percaya. Suatu suasana yang sangat sesak. Setiap ruang sudut tempat yang dia pandang; telah dipenuhi dengan orang ramai. Beberapa berdiri kaku melihat sekeliling, ada yanng berjalan mundar-mandir dan ada yang berlutut dengan tangan mereka menutup wajah mereka hanya menunggu seperti dalam ketakutan. Dia ketakutan dan berasa bimbang kerana akhirnya dia sedar di mana dia berada.

Jantungnya hampir pecah kerana debaran yang sangat kuat.

Ianya adalah hari mahsyar!

Sewaktu dia masih hidup, dia telah mendengar banyak perkara mengenai persoalan pada hari mahsyar, tetapi pada anggapannya kiamat dan yaumil mahsyar itu lambat lagi akan berlaku.

Mungkinkah ini hanyalah permainan dan imaginasinya sendiri?

Tidak! Melihat keadaan sekeliling ianya kelihatan sangat benar!

Soal siasat itu sedang berlaku!

Dia mula bergerak menyusup di antara orang ramai dan mencari di antara orang ramai untuk bertanya jika namanya telah dipanggil.

Tiada siapa yang boleh menjawab. Tiada siapa yang mengendahkanya. Semuanya sibuk dengan urusan mereka sendiri

Tiba-tiba dia mendengar namanya dipanggil dan orang ramai berpecah kepada dua barisan lalu membuat satu laluan untuknya.

Dua malaikat memegang tangannya, menggiring dan membawanya ke hadapan. Dia berjalan dengan lemah dan pasrah melalui orang ramai.

Para malaikat membawanya ke tengah kawasan dan meninggalkan dia di sana. Kepalanya terpunduk dan seluruh detik hidupnya sedang ditayangkan di hadapan matanya seperti sebuah filem.

Dia membuka matanya tetapi apa yang mampu dilakukan hanyalah melihat dunianya yang dipamerkan. Orang ramai semua tidak menghiraukannya.

Di dalam filem hidupnya, dia melihat beberapa babak seperti:
Dia melihat bapanya berjalan dari satu rumah kebajikan me rumah yang lain, membelanjakan hartanya di jalan Islam.

Ibunya mengikut dan membantu orang ramai di rumah kebajikan tersebut dan satu meja sedang disusunkan makanan manakala yang lain sedang dibersihkan.

Dia mengaku kesnya.
"Saya juga sentiasa di atas jalan ini. Saya membantu orang lain. Saya menyebarkan perkataan Allah. Saya melakukannya. Saya berpuasa pada bulan Ramadhan. Apa yang Allah perintahkan untuk dilakukan, saya lakukan. Apa sahaja yang Allah melarang, saya tidak lakukan".

Dia mula menangis dan berfikir tentang betapa dia mengasihi Allah. Dia tahu bahawa apa yang dia telah lakukan dalam kehidupannya akan menjadi kurang bermakna daripada apa yang Allah redha dan perlindungan Allah sahaja yang dia mohon kini. Dia berpeluh, seperti tidak pernah berpeluh sebelum ini. Seluruh tubuhnya bergegar lantaran ketakutan.

Matanya tetap pada skala timbangan, menunggu keputusan muktamad.

Akhirnya, keputusan itu dibuat.

Kedua-dua malaikat itu dengan helaian kertas di tangan mereka, berpaling kepada orang ramai. Kakinya berasa sangat lemah. Dia memejamkan matanya kerana mereka mula membaca nama-nama orang-orang yang dihukum memasuki neraka.

Namanya disebut sebagai orang yang pertama. Dia jatuh terjelepuk, melutut dan menjerit. Dia menyatakan bahawa ianya salah.

"Bagaimana saya boleh pergi ke neraka? Saya berkhidmat membantu orang lain sepanjang hidup saya, saya menyebarkan perkataan Allah kepada orang lain"

Matanya telah menjadi kabur dan tapak tangannya berpeluh.

Kedua-dua malaikat menghampirinya dan memegang tangannya. Dia diseret songsang. Kakinya diseret, sedangkan mukanya menyembam menggahar debu, tanah kerikil dan sebagainya.

Mereka menyeretnya pergi melalui orang ramai dan menuju ke arah api yang menjulang-julang daripada neraka Jahannam.

Dia menjerit dan tertanya-tanya jika ada mana-mana orang yang akan membantunya. Dia menjerit dan menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia telah membantu bapanya, puasanya, solatnya, al-Quran yang dibacanya.

Dia terus menjerit-jerit, namun tiada seorangpun daripada mereka akan membantunya.

Para malaikat Jahannam terus mengheret dia. Mereka telah semakin hampir dengan neraka.
Dia menoleh ke belakang dan ini rayuan terakhir. Dia teringat...

Tidak! Rasulullah SAW pernah berkata;
"Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka"

Dia mula menjerit;
"Solat saya? Solat saya? Doa saya?"

Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan mereka datang ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang telah menyelar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke arah api.

Dia sedang melayang jatuh selama tujuh puluh tahun ke dalam api neraka apabila tiba-tiba tangannya diraih oleh satu lengan.

Dia ditarik kembali ke atas.

Dia mengangkat kepalanya dan melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang. Kelihatannya lelaki itu sangat daif.

Dia menyapu debu di tubuhnya sendiri dan bertanya kepadanya,
"Siapakah anda?"

Orang tua itu menjawab,
"Saya solat anda"

"Mengapa kamu begitu lewat! Saya telah terjunam ke dalam neraka! Anda menyelamatkan saya pada saat-saat terakhir sebelum saya lebur."

Orang tua itu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepalanya,
"Adakah anda lupa? Anda sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!"

Pada ketika itu, dia tiba-tiba terjaga dan mengangkat kepalanya dari sujud. Dia berada di dalam kebasahan akibat berpeluh.

 

Dia mendengar suara-suara yang datang dari luar. Dia mendengar azan dikumandangkan untuk menandakan masuknya waktu Solat Isyak.

Dia bangun dengan cepat dan pergi mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.

--
Kongsi kisah ini kepada kawan-kawan anda dan keluarga. Mungkin, anda boleh membantu seseorang membuka mata mereka.

Siapa tahu?
Mungkin ini adalah satu perbuatan yang baik yang boleh membantu kita pada hari penghakiman.

Monday 1 December 2014

Boleh ke ada Crush?

Dengan nama Allah saya mula. Juga selawat ke atas arrasul saw.

Insyallah, kali ini, saya akan hurai isu “crush” yang makin lama, makin hangat di perkatakan. Sampai, ada orang dengan bangganya tulis kat twitter dan FBnya:

“Dear crush. I hope you know that I love you very much…”

“Rindunya crush saya….”

Atau, ada juga yang sembang sesama kawan-kawannya:

“Eh, crush kau apa cerita? Kau dah luahkan ke belum?hehe…”

Lalu di jawab:

“Aku malu la…takut-takut dia tak suka aku.Huhu…”

Dan banyak lagi contoh. Benda ni banyak berlaku di kalangan remaja sekolah, juga universiti. Persoalannya, apakah boleh kita bercrush-crush ni? Apakah hukumnya dari sudut agama? Lantaran, ramai yang keliru akan perkara ini, lantas merasakan benda yang salah itu benar, akibat terpedaya dengan movie-movie atau drama cinta islamik yang akhirnya merosakkan mentality masyarakat secara tidak sedar.

Awal-awal saya kata, ini bukan pendapat saya. Saya akan cedok kata-kata ulama’-ulama’ zaman dahulu kala yang pakar bab-bab HATI ni, seperti Ibn Qayyim, Imam Alghazali, dan lain-lain. So, tenangkan diri, baca dengan fikiran terbuka.

CRUSH TU APA?

Bila kita sebut crush, fenomena crush ni bukanlah setakat “cinta atau meminati seseorang dalam diam dan pendam”. Kebiasaannya, orang yang ada crush ni takkan berhenti sampai sini. Kerana itu, apabila sebut crush, saya boleh definasikan sebagai:

“Meminati seseorang dalam diam, dan dia menyimpan hasrat untuk meluahkan cintanya kepada orang yang dia cintai, sering mengingati orang yang dia cintai, sering memerhatinya, melihat wajah dan gambarnya, berfikir tentangnya, dan berhasrat agar orang yang dia cintai itu juga mencintainya…”

Kenapa saya definasikan “crush” dengan definasi di atas? Kerana, kebiasaannya, orang yang ada crush, orang yang ada meminati seseorang, dia akan melakukan perkara-perkara di atas. Jadi , berdasarkan definasi crush yang saya sebutkan di atas, maka hukumnya adalah DOSA.

Kenapa pulak dosa?!

Bukankah Allah suruh tundukkan pandangan? Kenapa kau sering memerhati crush kau? Bukankah melayani perasaan cinta itu dosa? Kenapau kau boleh fikir-fikir, bayangkan, menangis dan sering teringatkan crush kau?

Adapun, jika kita hanya suka seseorang dengan tiba-tiba akibat TERpandang(sila baca perkaraan TER tu 20 kali), dan kita rasa tertarik, dan kita usaha untuk tepis perasaan tersebut, maka tiada masalah. Saya pun pernah terpandang seseorang, lepas tu rasa lain macam dalam hati. Tapi, saya takde lah layan. FB dia saya tak friend, twitter dia saya tak follow, instagrampun saya tak follow, dan saya malas fikir pasal dia. Tak sampai seminggu, perasaan tu dah hilang dah.

Ingat, perasaan suka berlainan jantina tu normal. LAYAN tu, tak normal. Tu tanda hati rosak.

CINTA YANG ALLAH REDHA?

Banyak yang nak redha Allah dalam percintaan. Tapi malangnya, apa yang dia buat adalah mencari cinta sebelum nikah. Minat laki ni, minat perempuan tu. Adakah Allah redha? Apakah cinta yang Allah redhai?

“Cinta yang Allah redha adalah cinta yang di semai semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam rangka melakukan ketaatan padaNya, iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya! Cinta ini adalah cinta yang bermanfaat. Dengan cinta ini, mata dan hatinyaakan terpelihara. Oleh itu, orang yang bercinta sebegini, Allah akan PUJI, juga manusia akan puji!” (Ibn Qayyim)

Lihat?Cuba highlightkan ayat:

“Iaitu cintanya seorang LELAKI kepada ISTERInya!”

Cinta sebeginilah yang Allah redha!

Cinta sebelum nikah?Bermula dengan crush-crush, kemudian luahkan, and couple, dan akhirnya zina. ADAKAH ALLAH REDHA?

Sebab tu, kita kena nilai dan tengok balik hati kita. Kita ni dah layak ke nak bercinta?Sekolahpun tak habis lagi! Komfem time kau masuk universiti, kita akan jumpa orang lain, pastu minat orang tu pulak. Sampai bila tak ke sudah!

KALAU KITA SUKA SESEORANG, NAK BUAT APA?

Bila kita dah suka seseorang misalnya, apa kita nak buat? Nak couple? Nabi saw bersabda:

“Tidak ada yang lagi patut bagi dua orang yang saling mencintai selain dari berkahwin!” (HR Ibn Majah)

So, kalau kita rasa yang kita ni tak layak lagi nak kahwin, jangan buang masa fikir pasal crush, suka dia ni, suka dia tu, entah berapa kali tukar orang. Apakah?

Kalau rasa dah sedia nak kahwin, baru cari orang. Tu pun, gunalah orang tengah. Kalau ada kakak, suruh kakak risikkan. Kalau ada orang yang dah kahwin boleh tolong kita untuk risikkan, suruh dia tolong. Simple je. Berapa banyak orang yang tak fikir pasal cinta sangat time belajar lantaran sibuk dengan dakwah dan tarbiah, tapi boleh je kahwin. Anak ramai pulak tu. Bahagia gila…

Kalau kau just nak suka-suka, bak kata orang cinta monyet, ketahuilah bahawa kau dah termasuk dalam perangkap tipu daya syaitan.

Bila kita mula terdetik untuk suka seseorang secara tiba-tiba, apa yang perlu dia lakukan ialah usaha sedaya upaya dengan segala kemampuannya untuk MELUPAKANNYA, jika dia sedar bahawa cintanya itu hanyalah cinta monyet, dan langsung tiada jalan dan seakan-akan agak mustahil untuk berkahwin(bab macamana nak kahwin dengan beradab dan mengikut syarak, saya akan hurai pada masa yang lain). Contohnya, cinta time sekolah, dan Universiti misalnya. Maka, Ibn Qayyim suruh lupakan sahaja cinta itu!!

Kalaupun kita suka dia, jangan sesekali meluahkan perasaan itu! Bak kata Ibn Qayyim, orang yang meluahkan perasaan cintanya kepada seseorang, padahal belum tiba masa nak kahwin, maka, orang tu telah menganiayai orang yang dia cintai itu! Dan penganiayaan ini adalah sangat kejam, lebih kejam dari penganiayaan keapda harta.

Tiada jalan lain, melainkan, usaha untuk lupakan. Bukan membiarkan ia tersemat dalam hati, pendam lama-lama.

Hadis yang kata :“Sesiapa yang bercinta, dan menahan dirinya untuk tidak melakukan perbuatan terlarang dan menyembunyikan cintanya itu lalu dia mati, maka dia termasuk sebaga syahid”, adalah hadis palsu.

Ibn Qayyim berkata, orang yang Allah redha adalah orang yang lupakan orang yang dia cintai, lantas mengutamakan cinta Allah dan memburu redhaNya.

NASIHAT ULAMA’ BERKENAAN ISU CRUSH DAN CINTA SEBELUM NIKAH

Jom kita tengok, apa yang ulama’-ulama’ pesan bab-bab cinta sebelum nikah ni. Hayati dengan mata hati, check diri kita, muhasabah, dan istighfarlah.

PERTAMA:

Jami’ bin Mahuih bertanya:

“Apakah orang yang bercinta buta itu dosa?”

Lalu Said bin Almusayyab, mufti madinah di zaman itu menjawab:

“Ianya tercela...”

Lepas tu Said berkata:

“Demi Allah, tidak pernah seorangpun bertanya kepadaku tentang hali ini. Jika seseorang bertanya kepadaku tentang hal ini, jawapanku hanyalah seperti tadi…”

KEDUA:

Imam Alghazali cakap:

“Aku dapati, dalam bercinta, terdapat banyak dosa besar…”

Kenapa?Bayangkan, mula dengan crush, kita dah tak dapat tundukkan pandangan, stalk, usha, fikir pasal dia, bayangkan dia dan lain-lain. Bukankah itu semua dosa?!

KETIGA:

“Orang yang mencintai sesuatu selain Allah(mencintai wanita/lelaki), mahu tidak mahu, cinta itu akan menyeksanya…” (Ibn Qayyim)

“Kehinaan akan menimpa para pencinta. Akan tetapi, kerana dia sedang mabuk cinta, dia tak merasakan yang kehinaan sedang menimpanya. Hatinya seperti burung yang berada di dalam genggaman anak kecil yang mempermainkannya sesuka hatinya. Maka, kehidupan orang yang bercinta adalah seperti kehidupan seorang tawanan perang….” (Ibn Qayyim)

“Apabila seseroang itu mula mencintai, maka, dia akan sibuk memikirkan orang yang dia cintai sehingga dia kurang fikir tentang agama dan dunianya…” (Ibn Qayyim)

“Bencana dunia akan lebih cepat menimpa para pencinta wanita/lelaki seperti cepatnya api membakar kayu kering. Kerana, setiap kali hati DEKAT dengan orang yang di cintai, maka dia akan semakin jauh dari Allah. Hati yang paling jauh dari Allah adalah hati orang yang tenggelam dalam cinta….”” (Ibn Qayyim)

KEEMPAT:

Ada sekali, ada orang bawa seorang lelaki yang mati kepada Ibn Abbas. Lantas ibn Abbas tanya:

“Kenapa laki ni mati?”

Maka orang ramai menjawab:

“Dia mati kerana terlalu fikir pasal cinta…”

Maka Ibn Abbas berkata:

“Semenjak dari peristiwa itu, setiap hari aku memohon perlindungan kepada Allah dari terjebak dengan penyakit cinta ini….”

Seorang penyair menyebut:

“Hidup orang yang bercinta, Permulaannya hatinya seakan-akan ikhlas dan bersungguh-sungguh, Pertengahannya penyakit, Dan pengakhirannya adalah kematian hati, dan jasad….”

****

Saya harap, dengan kata-kata ulama’ ni, kita dapat jelas, bahawa betapa bahayanya jika kta sering melayan crush-crush, dan langsung tiada usaha untuk lupakannya!

BEZA REMAJA/PEMUDA DAHULU DAN SEKARANG

Kenapa umat islam dulu hebat dan berjaya menguasai dunia?Kenapa umat islam kini teruk dan seakan-akan di hina? Semuanya bergantung pada “Apakah agenda dan kesibukan pemuda” di zaman itu.

Suatu hari, ketika tentera kafir nak serang kerajaan islam, mereka menghantar perisik untuk check bagaimana keadaan umat islam time tu. So, perisik tu pergi ke Negara islam tersebut, dan dia ternampak seorang PEMUDA sedang menagis!

Lalu, perisik tu pun tanya:

“Kenapa kau nangis wahai pemuda?”

Lalu pemuda tu jawab:

“Aku nangis kerana tak dapat turut serta dalam peperangan..Aku nak mati syahid!!”

Bila perisik tu dengar jawapan pemuda tu, dia terus cancelkan hasratnya untuk menyerang islam. Kerana, kesibukan, kerisauan, agenda dan cara fikir pemuda ketika itu adalah tentang dakwah, tarbiah, jihad dan agama!

Namun,berlalu masa, sekali lagi tentera kafir berhasrat untuk menyerang kerajaan islam. Juga, mereka menghantar perisik untuk check bagaimana keadaan orang islam ketika itu. So, perisik tu pergi ke Negara islam tersebut, dan dia ternampak seorang PEMUDA sedang menagis!

Lalu, perisik tu pun tanya:

“Kenapa kau nangis wahai pemuda?”

Lalu pemuda tu jawab:

“Aku menangis kerana aku baru putus cinta dengan perempuan yang aku cintai!!”

Bila perisik tu dengar jawapan pemuda tu, terus dia arahkan tentera kafir tu untuk menyerang islam, kerana kesibukan, kerisauan, agenda dan cara fikir pemuda ketika itu adalah tentang cinta, dunia, hiburan dan yang sama waktu dengannya.

Akhirnya, islam kalah!!!

Lihatlah kisah-kisah pemuda yang hebat-hebat, yang menggegarkan dunia. Lihatlah! Adakah mereka sibuk dengan cinta, crush bagai? Muhammad Alfateh, bebaskan kostantinople time 21 tahun, usamah Zaid, mengetuai tentera menentang rom pada usia lebih kurang 18 tahun, Hasan Albanna, menubuhkan ikhwan muslimin pada usia 22. Banyak lagi kisah-kisah legend tentang pemuda zaman dulu!

Bandingkan dengan diri kita?Apakah yang berada dalam kepala otak dan fikiran kita?Adakah kita menangis sebab cinta, adakah hati kita masih ada masa untuk meletakkan ruang cinta pada crush, sedangkan umat tengah derita, maksiat berluasa, islam di hina dan di perkotak-katikan?Adakah islam akan bangkit dengan pemuda yang masih ada masa untuk bercinta macam kita?

Apakah yang nabi dan sahabat akan rasa bila mereka tahu yang kita masih lagi ada ruang untuk memikirkan tentang cinta, sedang umat sedang nazak?

Muhasabahlah. Menangislah. Berubahlah.

Semoga, semoga Allah yang maha mulia, menjadikan kita termasuk dalam golongan orang yang mencintainya, dan memburu keredhaanNya, berbanding menuruti hawa nafsu yang menghancurkan kita. Amin ya rabb.

Wallahua’lam.