Friday 28 December 2012

Demi Allahkah?

Pemergian rakanku benar2 menimbulkan pelbagai persoalan dalam fikiranku... Tidurku payah nak lena... Dihimpit kenangan silam... Lemas dengan pertanyaan... Aku mula mencari jawapan... Selama ini kita hidup untuk apa? Pergi ke sekolah, belajar bagai nak rak, berjaya sampai ke menara gading, semua tu demi siapa? Untuk diri sendiri? Untuk kebanggaan ibu bapa & guru semata-mata? Lepas tu cari kerja, kerja berpenat-lelah, kerana apa? Untuk peroleh harta? Untuk kesenangan diri sendiri? Kemudian cari jodoh, bernikah, dikurniakan cahaya mata, memulakan kehidupan sendiri, demi apa semua ni? Demi mencipta kebahagiaan sendiri? Da banyak duit menderma sana-sini, tolong mereka yg susah, niat kita untuk apa? Untuk disanjungi? Untuk pangkat & status? Semua yg kita lakukan sebelum ni termasuk hari ni, demi Allahkah???

Bila terkenangkan rakanku kembali.. Semuda ini dia pergi meninggalkan alam dunia ke alam barzakh.. Seawal usiaku.. Sebaya diriku.. Dia juga sepertiku.. Menuntut ilmu.. Ambik PMR kemudian tgk result.. Tapi apa ertinya result tu lg, kalau ajal sudah memanggil diri, sedangkan amalan masih belum mencukupi.. Aku mula terfikir, bagaimana sekiranya aku pergi hari ini? Pergi buat selama-lamanya.. Mengikuti jejak rakanku yg telah pun bertemu kekasih abadi.. Kenapa aku kecewa dgn result aku sebelum ni? Kenapa x ambik kesempatan ni untuk bersyukur? Kenapa masih xsedar yg aku masih mempunyai 1 lg peluang? & sekiranya aku gagal sekali lagi dalam mencapai target utk SPM, aku still nak frust ke? Untuk apa aku belajar sebenarnya? Setiap yg bernafas seharusnya meneruskan kehidupan walaupun kadangkala jatuh tersungkur kerana apa ertinya bahagia jika tidak memahami derita.. Walau badai kuat menerjah, kehidupan perlu diteruskan selagi nyawa dikandung badan.. Cuba lihat kembali mereka yg tabah... Kerana apa muslim yg mu'min itu sentiasa kuat mengharungi dugaan? kerana mereka tidak takut untuk kehilangan... manakala kehidupan mereka hanya demi Allah semata-mata...



Wednesday 19 December 2012

Redhakah aku???

Korang... korang yg dpt 8A tu.. Congratz my friends :') .. Ak turut happy ngan korang.. Ak happy tgk korg tersenyum bahagia.. korg berjaya capai target korg.. usaha korg berbaloi sgt.. dpt2 result je terpampang straight A.. wahh.. pandainya kwn2 ak.. congratz skali lg.. ak happy sgt kwn2 ak brjaya.. slama ni kita bersusah-payah kan.. sama2 derita dalam mengejar ilmu.. sama2 saling berkongsi ilmu.. setiap kali ad yg jatuh, kita sama2 bangun.. stiap kali ad yg gagal, kita sama2 bangkit.. stiap kali ad yg kalah, kita sama2 cuba lg.. trima kasih kwn.. pengorbanan korg ak hargai sgt2.. mgkn lps ni ad di antara kita yg akn berpisah.. pergi mmbawa haluan masing2.. ak turut bgga dgn pencapaian korg.. senyuman korg.. gelak ketawa korg.. kebahagiaan korg... smua tu wt ak tersenyum jugak.. tp..... ak xley tipu prasaan ak sndiri.. ak senyum tp dlm masa yg sama air mata ak mengalir.. korang... ak jeles ngan korg.. ak sakit sgt tgk korg brjaya capai target.. ak rs yg hati ak tba2 retak tgk korg brgmbr sama2.. yg 8A smua berbaris.. pedihnye rasa ni! ak gagal, kwn.. ak gagal dptkn straight A.. Perjuangan ak.. pengorbanan ak.. usaha ak.. hnya membuahkan 7A 1B.. korang.. ak nga sedih sgt2.. ak xdpt 8A mcm korg.. ak tewas dlm mncari kecemerlangan.. yg bestnya kelas 3A ad dua org straight A.. ak malu sgt2.. aku segan.. aku pelajar RK.. pelajar yg slalu dipandang tinggi.. yg kalau jwb exam mesti A punyelah.. Tp.. Ak gagal.. korang jauh lebih hebat drpd ak.. emosi ak jatuh scara drastik.. prasaan yg plg sukar utk ak bendung.. Geo ak B.. korang slalu pelik kan kalau geo yg b.. geo kan senang.. main bulat2 tros A.. tp ak.. ak tewas dgn soaln trick geo.. bg ak geo trsgtlah buat ak confuse.. ak xtau mna jawapan yg tepat.. masa ak buat soalan past years, smua tahun ak dpt A.. tp kan korang.. tahun 2012 punye soalan agk mencabar.. aku terkejut sgt tgk soalan.. bukn geo je.. subjek lain pun mmg kebanyakkannya soalan mencabar.. kan smpai kluar berita PMR 2012 plg mencabar.. tp ak masih boleh settlekan soalan2 tu.. tp geo ni.. otak ak blank.. ak xdpt fikir dgn baik.. ak xprnh jumpa soalan2 mcm tu.. korg dpt geo A? pandainya korg.. congratz again, friend.. :')

Kata org ,7A 1B tu xdela truk sgt.. ok la tu.. tp.. setiap kali online.. ramai yg tnya result brapa.. aku xdpt nk jwb soalan mereka tu.. ak masih xbersedia.. emosi ak masih merudung.. kalau jd budak kelas bawah mmgla happy kan dpt 7A.. tp dsbbkn ak berada di ats.. rata2 kami pljr RK yg gagal dpt 8A frust.. Bukannya xusaha.. Boleh dikatakan 24 jam ulgkaji & hanya berhenti utk solat, mkn & tidur.. bangun2 trus study, study & study.. deritanya spnjg perjuangan.. tp ak turut rasa bahagia sbb ilmu dtg hari demi hari.. mungkin kali ni bukan rezeki aku.. ada hikmahnye kan.. firstly, ak dpt rasa mcm mna rasanya mnerima kegagalan.. sakit yg teramat.. strusnya kegagalan ni lah yg sharusnya mnjd pendorong & smgt ak utk terus mnuntut ilmu.. ak xpatut trus sedih dgn pencapaian ak.. geo yg b.. bukannya mt & sn.. ak masih ad harapan utk masuk mrsm.. cuma saingan ak bertambah bilangan.. Tp.. apa2 pun ak patut bersyukur kerana Allah dah byk bg aku nikmat.. ak dpt bljr, tuisyen & mcm2 lah usaha mak ayah & cikgu utk ak.. Byk ilmu yg dah ak peroleh.. yg plg bertuahnya ak.. ak diberi 1 lg peluang.. ak ad SPM.. perlukah ak meratapi yg lps sdgkn masa hadapan yg perlu diberi perhatian.. ak perlu percaya kpd Allah yg smua ni adlh yg terbaik buat ak.. Dalam doa iftitah pun ad sebut 'sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku & matiku hanya utk Allah'.. Apa buktinya kalau ak selalu xredha dgn ketentuanNya.. PMR hanya prjlnn yg bercabang.. Tp SPM perjalanan yg berbukit-bukau.. jd, ak spatutnya lebih serious skrg.. kegagalan hari ini bukan bermakna aku gagal utk esok... kejayaan hari ini juga bukan bermakna kita akan berjaya selamanya.. Ak seharusnya xtakutkan kegagalan.. Inilah kehidupan yg bukan manis berpanjangan..



Sunday 9 December 2012

Mencintai Dengan Sederhana

Cinta sememangnya datang tanpa diduga.. Adakalanya perasaan tu datang tanpa kita sedari.. Saat perpisahan, barulah kita menyedari yg hati seolah-olah kehilangan.. Cinta benar2 membunuh hati.. Tambah2 disertai rindu yg menyiksa batin.. Memendam perasaan pula payah utk dirasa.. Jiwa benar2 lemas dibawa gelora cinta.. Mahu meluahkan tiada keberanian.. Bimbang rasanya lebih menyakitkan..


Rasulullah pernah mengingatkan, 'Barangsiapa yg jatuh cinta, lalu mampu menahan diri dari perbuatan yg dilarang, serta dapat menyembunyikan perasaannya, kemudian dia mati, maka ia mati syahid.' (Hadis marfu' dari sahabat Ibnu Abbas dan 'Aisyah)


Aku mulai sedar bahawa cinta & rindu itu sememangnya teramatlah sukar untuk dibendung.. Apatah lagi menyembunyikannya.. Cinta yg dipendam itu sememangnya mengancam jiwa manakala rindu yg berlarutan itu membuatkan hati menjadi lara.. Cinta tersangatlah memedihkan.. Barangkali kita lebih memilih untuk tidak mengenalinya daripada menanggung kesakitan mencintainya..


Bangunlah wahai insan, jangan biarkan cinta menghanyutkan dirimu.. jangan sampai dia mengambil tempat dihatimu yg seharusnya diserahkan kepada Allah.. Biarlah cinta & rindu ditujukan kepada Pencipta Nyawa.. Mungkin kehadiran rasa cinta kita kepada seseorang itu merupakan salah satu bentuk ujianNya.. Dia mahu melihat sekuat mana kita melawan nafsu & seutuh mana iman kita.. Sekiranya kita xdapat menahan semaraknya rindu dendam, luahkanlah kepada Allah.. Kita ada doa.. Itulah perisai orang muslim.. Tenangkan fikiran... Luahkan kepada Allah.. Ceritakan semua isi hati kepadaNya.. Mohon dijaga hati.. & mintalah Allah menyampaikan salam rindumu buat si dia.. Kita perlu percaya kepada Allah.. Biarlah Dia yg menyampaikan rindu kita dengan caraNya yg terindah..





Apa yg perlu dikejar adalah cinta kepada Allah & rasulNya.. Cinta kepadaNya lebih menenangkan & lebih menemukan kita kepada kebahagiaan yg sebenar.. Cukuplah mencintai si dia dengan sederhana.. Kelak dirimu x pernah kecewa.. Cinta sejati adalah ketika kamu harus merelakan dirinya pergi, mungkin x akan kembali, namun kamu menyedari dia akan selalu di hati.. :)


..Aku ingin mencintaimu dengan sederhana..







Tuesday 4 December 2012

Mencari CintaMu

Sejak kebelakangan ni, aku dpt rasakan yg aku semakin jauh dengan Allah.. Solat aku selalu xkhusyuk.. Al-Quran selalu dipinggirkan.. Perkara yg sunat selalu ditinggalkan..Disiplin diri semakin berkurangan.. Entah kenapa aku kembali pada diri aku yg dulu.. Iman xtetap & berkurangan.. Selepas cinta aku kpd seseorg dah ditarik, cinta aku kepada Allah pula ditarik.. Rindu aku kepada Nabi Muhammad xdpt dirasa lagi.. Cinta mula pudar.. Rindu pula xmendatang.. Aku sengsara dengan diri aku yg sekarang.. :'(



Menangis & terus menangis di mana kan kucari cintaMu.. Kenapa sukar untuk memperoleh hidayahMu.. Sedangkan kehilangan itu teramatlah mudah.. Istiqamah dalam beribadah gagal kulaksanakan.. Entah kenapa hari itu aku bangun dengan jiwa yg kosong.. Aku seperti kehilangan segalanya.. & aku sangat takut untuk kehilangan cintaMU Ya Allah.. Kehidupanku seperti tidak teratur.. Aku seperti pengemis yg hanya mendambakan cintaMU..




Aku merenungi diri di kala awan mendung yg pekat melanda jiwaku... Aku mahu kembali... Kembali mencari cinta yg menghilang.. Kembali mencari rindu yg xmendatang.. Impianku adalah untuk bertemu denganMu & rasulMu.. Di mana di akhirat kelak, manusia akan dikumpulkan bersama dengan yg mereka cintai.. Bertemu denganMu adalah sesuatu yg paling bermakna berbanding Syurga.. Tapi, layakkah aku...


Ya Allah, aku memohon curahan cintaMu & kecintaan orang-orang yg mencintaiMu, serta memohon curahan rahmat yg dpt menghantarkan diriku mencintaiMu. Ya Allah, jadikanlah kecintaan kepadaMu lebih tertanam dalam diriku, melebihi kecintaan pada diriku sendiri & kecintaan pada keluargaku..