Friday, 28 December 2012

Demi Allahkah?

Pemergian rakanku benar2 menimbulkan pelbagai persoalan dalam fikiranku... Tidurku payah nak lena... Dihimpit kenangan silam... Lemas dengan pertanyaan... Aku mula mencari jawapan... Selama ini kita hidup untuk apa? Pergi ke sekolah, belajar bagai nak rak, berjaya sampai ke menara gading, semua tu demi siapa? Untuk diri sendiri? Untuk kebanggaan ibu bapa & guru semata-mata? Lepas tu cari kerja, kerja berpenat-lelah, kerana apa? Untuk peroleh harta? Untuk kesenangan diri sendiri? Kemudian cari jodoh, bernikah, dikurniakan cahaya mata, memulakan kehidupan sendiri, demi apa semua ni? Demi mencipta kebahagiaan sendiri? Da banyak duit menderma sana-sini, tolong mereka yg susah, niat kita untuk apa? Untuk disanjungi? Untuk pangkat & status? Semua yg kita lakukan sebelum ni termasuk hari ni, demi Allahkah???

Bila terkenangkan rakanku kembali.. Semuda ini dia pergi meninggalkan alam dunia ke alam barzakh.. Seawal usiaku.. Sebaya diriku.. Dia juga sepertiku.. Menuntut ilmu.. Ambik PMR kemudian tgk result.. Tapi apa ertinya result tu lg, kalau ajal sudah memanggil diri, sedangkan amalan masih belum mencukupi.. Aku mula terfikir, bagaimana sekiranya aku pergi hari ini? Pergi buat selama-lamanya.. Mengikuti jejak rakanku yg telah pun bertemu kekasih abadi.. Kenapa aku kecewa dgn result aku sebelum ni? Kenapa x ambik kesempatan ni untuk bersyukur? Kenapa masih xsedar yg aku masih mempunyai 1 lg peluang? & sekiranya aku gagal sekali lagi dalam mencapai target utk SPM, aku still nak frust ke? Untuk apa aku belajar sebenarnya? Setiap yg bernafas seharusnya meneruskan kehidupan walaupun kadangkala jatuh tersungkur kerana apa ertinya bahagia jika tidak memahami derita.. Walau badai kuat menerjah, kehidupan perlu diteruskan selagi nyawa dikandung badan.. Cuba lihat kembali mereka yg tabah... Kerana apa muslim yg mu'min itu sentiasa kuat mengharungi dugaan? kerana mereka tidak takut untuk kehilangan... manakala kehidupan mereka hanya demi Allah semata-mata...



No comments: