Wednesday 10 April 2013

MRSM

Menanti & terus menanti... Akhirnya harusku redhai... Untuk melepakannya pergi... Kerana takdir x menyebelahi diri... & kini harus ku akui... Perjuanganku harus diteruskan di Jati... Ku terima & kusyukuri... Bahawa Dia lebih mengetahui... Apa yg terbaik buat diri ini...




...Kenangan jawab soalan Sains & Math di MRSM Pasir Salak...



Dah tiba masanya untuk aku berhenti berharap... Berharap dengan sesuatu yg sememangnya bukan utk aku... Fourth intake? Mungkin da terlalu lewat untuk aku masih menanti pengambilan yg keempat... Berkemungkinan aku xdpt kejar apa yg mereka dah belajar... & mungkin di sana, aku xberpeluang untuk bergiat aktif dalam kokurikulum seperti mana situasi aku yg kesuntukan masa di Jati sekarang... Bahas, pantun, deklamasi puisi, kawad JPAM & yg cabaran yg paling berat buat masa sekarang adalah tokoh nilam bahasa inggeris... Walaupun aku kurg mahir utk speaking, i'll try my best... Aku seharusnya jadikan peluang ni sebagai salah satu cara utk improve bahasa inggeris selain main game & layan anime... Walaupun sukar utk mengagihkan masa, aku akan sahut cabaran ni... Jadi, aku ambil keputusan untuk terus setia di Jati... kerana mungkin rezekiku lebih terserlah di sini :)


...Kejayaan bermula dari diri sendiri, bukan di mana tempat yg kita duduki...


No comments: