Thursday 5 July 2012

Bestfriends really exist

Assalamualaikum kawan2.. Setuju dgn statement ni.. 'Bestfriend doesn't exists'.. ???

Sesetengah orang berkata ya kerana
1) tiada manusia yg sempurna
2) kawan ada je nak sakitkan hati kita
3) rahsia xboleh dijaga
4) kawan xboleh selesaikan masalah kita
5) kawan hipokrit

Jadi, mereka hanya berkawan biasa2 & saling xpercaya.. hanya suka2 dan berkawan demi kepentingan diri sendiri.. Hanya menjadi tempat bergossip dan mengumpat.. tempat bermain dan mempermain..
Tatkala mereka bersedihan.. kawan meninggalkan kawan.. kawan tidak hiraukan sesama sendiri.. pergi menjaga hal sendiri.. Kemudian, terbisiklah hati mereka.. 'Kawan sejati sememangnya xwujud'..

Mereka tidak menyedari bestfriend itu wujud cuma mereka saje yg masih belum menemuinya.. Jadi, statement 'bestfriend doesn't exist' bukanlah sesuatu yg benar.. Kita masih belum menemuinya..

Apa yang dimaksudkan dgn teman sejati???




Teman sejati ialah teman yg berkawan kerana Allah swt & saling mengingati menuju ke SyurgaNya..
Bagaimana boleh wujudnya kenyataan bahawa teman sejati itu tidak wujud??? Sedangkan manusia yg beriman itulah teman sejati.. Walau mereka masih belum sempurna mencintai Allah swt, mereka tidak melalaikan & merosakkan.. Mereka tidak mengumpat dan membuka keaiban.. Mereka hanya berdiam diri sekiranya tiada perkara yg berfaedah utk disembangkan...

Senangkah utk mencari kawan sedemikian?
Kita berada di akhir zaman.. teman sejati itu bukan mudah utk dicari.. tp lihatlah diri kita sendiri? adakah kita layak digelar teman sejati? Pantaskah kita memiliki teman sejati sedangkan diri masih belum kenal Ilahi? Bagaimana mungkin kita menemui teman sejati andai diri sendiri tidak mampu utk dibimbing..

Walaupun begitu, percayalah teman sebegitu wujud.. Walau kawan sering menghasut, nasihatlah secara baik.. InshaAllah dia berubah & menjadi teman sejati.. Bagaimana pula dgn teman yg tdk suka menerima nasihat? Yg ego & tdk suka berkawan dgn kita kerana nasihat? Yg tgglkn kita kerana tidak moden?
Setelah mengenali kita, mereka rasakan kita tidak sesuai buat mereka.. Berasa bosan dgn kita & mencari teman yg lain.. Ditinggalkan oleh kawan sehingga membuatkan kita rasa rendah diri & lemah smgt.. Sehingga kita berubah & terpesong drpd ajaran Islam demi memenuhi ciri2 yg kawan kita mahukan.. Perlukah dikejar kawan sedemikian???


Wahai kawan.. usah dikejar kawan sedemikian.. Sudah terang lg bersuluh mereka bukan kawan sebenar.. Sanggupkah kita mengetepikan ajaran Islam demi mendapatkan seorang kawan??? Walau tiada seorang pun yg ingin berkawan dgnmu redhalah.. Fikirkan mereka yg sentiasa di sampingmu drpd memikirkan mereka yg meninggalkanmu.. 


Dalam 1000 kawan mungkin ada seorang yg memahami & menyayangi kita.. Org itu ialah org yg bersahabat berdasarkan iman, taqwa & amal soleh... 


Mereka bukan sekadar kawan ketawa tetapi juga merupakan kawan menangis.. Sewaktu kita sedih & mempunyai masalah mereka tidak melarikan diri.. Walau dia tidak memujuk, dia masih menemani & berada di samping diri ini.. dia menangis tatkala kita menangis.. & dlm diam dia berdoa meminta pertolongan drpd Ilahi utk kebahagiaan kita.. Dia juga tidak takut dibenci oleh kawan yg lain demi membela kita.. Dia tidak takut kehilangan seribu kawan yg jahil tetapi takut utk kehilangan seorg kwn yg beriman..

Sesetengah manusia hipokrit dlm berkawan.. Saat ramai kwn2 yg mencela seorg kwn.. dia membiarkan begitu sahaja walaupun seorg kwn itu benar.. dia berasa bahawa jika dia membela seorg kwn itu, dia kehilangan ramai kwn.. 


Janganlah bersedih pabila dibenci rakan.. Janganlah rebah tatkala sendirian.. itu merupakan permulaan menuju kedewasaan.. Biarlah hina dimata manusia asalkan mulia di mata Allah.. Walau fitnah disebar , usah takut jika diri benar.. Biar skrg diuji drpd hidup tanpa erti.. 

Bersabarlah wahai sahabat... Menangislah jika itu yg mampu membuat dirimu lebih tenang.. Mengadulah pd yg Esa.. Pasti Allah telah menyediakan seseorg cuma belum tiba masanya...