Monday 29 July 2013

Lailatur Qadar

Malam yang lebih baik dari seribu bulan atau kira-kira 83 tahun 4 bulan. Kita kenalinya dengan malam "Lailatul Qadar"



Firman Allah SWT dalam surah al-Qadr menjelaskan dengan cukup indah dan cukup cantik. 

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, 

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? 
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. 
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); 
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! 

Jika dilihat dalam ayat tersebut Allah SWT mengulangkan ayat Lailatul Qadr itu berulang kali, dan ini adalah disebut sebagai satu penekanan telah diberikan Allah, bagi menunjukkan sesuatu yang sangat penting dan juga ia menarik perasaan ingin tahu bagi sesiapa yang menghayati maksudnya.
Diterang juga malam berkat ini hingga terbit fajar. Apakah rahsianya?
Ia menyatakan ukuran masa agar kita semua berwaspada. Berwaspada tentang apa? Bawa waktu keberkatan ini amat terhad sehingga terbit fajar sahaja! Agar semua kia ini berebut-rebut, berlumba-lumba mencari malam yang dighaibkan Allah dari pengetahuan kita.

Mengapa ia dighaibkan? Saudaraku sekiranya kita mengetahui bilanya waktu ajal kita adalah kita akan membiarkan diri kita dilekakan?
Dighaibkan dalam 10 malam terakhir agar kita lebih berusaha dalam mengiatkan ibadah kita, mengukuhkan lagi iman dan mencari ikhlas hanya kerana Allah. Dan paling penting dalam kita mencari malam berkat ini, selitkan juga redha jika kita bertemu itulah rezeki Allah padamu, jika tidak turut redha, kerana ibadahku ikhlas kerana Allah semata bukan semata ganjaran, bukan semata takutkan neraka..tapi kerana cintaku pada Allah.

Yang menakutkan kita ialah tidak dapat melihat Allah kelak..Allah tak pandang kita..Kita harap Allah memandang kita, dan kita memandang Sang Kholiq, tidak kamu merindui Tuhanmu?Tidakkah kamu mahu melihat Allah?
Moga Allah menyambut kepulangan kita dengan Salam sejahteraNya..

Jangan pula lupa saudara kita yang dizalimi di seluruh dunia, kirimkan doa pada mereka dalam malam-malam terakhir ini, ini detik perpisahan yang tidak sanggup dihadapi oleh orang-orang soleh..

Hai kekasihku Ramadhan...mengapa begitu cepat pemergianmu, mengapa begitu lantas malam-malamku berlalu bersamamu..belum puas lagi ku ingin mendamping kerahmatan yang dikurniamu..memeluk dan memerah segala keberkatan agar tercurah buat ummat yang lupa ini..

Moga Allah menerima amalah hamba-hambaNya, Ya Mujibb bebaskanlah kami semua dari azab api neraka dan masukanlah kami kedalam syurgaMu tanpa hisab..jadikan mati kami ini suatu kenikmatan (syahid) , kerna kami ingin hidup disisiMu..