Wednesday, 24 October 2012

Hati tak setia

Dulu kita boleh kata kita suka dia selamanya.. Berjanji xkan pernah curang & melukai.. Cinta sampai mati.. Rindu xpernah berhenti.. Takkan berpaling selagi belum dimiliki.. Hakikatnya, hati xboleh dipercayai.. Allah Maha Membolak-balikkan hati seseorang manusia.. Memang pada zahirnya kita tersenyum melihat dirinya.. Namun, cinta hanya sementara.. Mungkin kelmarin kita prihatin padanya & mula jatuh cinta pada keesokan harinya.. Tapi, belum tentu hari ini kita boleh setia. Mungkin esok kita membencinya & curang pada lusanya.. Selama mana diri cuba bertahan, hati mungkin payah nak setia kerana Allah boleh melakukan apa sahaja.. Fitrah manusia sememangnya menginginkan yang sempurna.. Semakin lanjut usia, semakin kita menemui yang lebih sempurna.. Pada masa ini, hati xsetia lagi buat yg sebelumnya.. Adakalanya kita belum menemukan sesiapa selepas dirinya, tapi sudah berhenti untuk mencintai.. Mungkin hati perlukan Ilahi untuk memperbaiki diri.. Saat diri terasa sendiri, saat kekosongan mengisi ruang di jiwa, Allah menjadi peneman pada waktu sepi.. Mungkin cinta kita masih kurang buat Sang Pencipta.. Oleh itu, Dia menarik cinta kita kepada manusia untuk kembali menumpukan perhatian kepadanya.. Cinta kpd Allah xkan pernah berubah kerana Allah sememangnya luar biasa & terlalu sempurna.. Sedangkan cinta kpd manusia mungkin xsetia kerana sememangnya tiada yang sempurna.. Jadi, cinta Ilahi perlu dikecapi sebelum mencari cinta ciptaanNya.. Namun, hati yang kosong dikhuatiri terjatuh cinta lagi.. Sehingga terberi ruang di hati untuk dimiliki.. Ya Allah jagalah hati kami.. Cucurilah rahmat yang boleh membawa kami kepada cintaMu.. Jadikanlah cinta kami kepadaMu melebihi cinta kepada diri sendiri & orang lain.. Agar kami peroleh keredhaanMU.. Sedangkan cinta kepada Allah sukar untuk setia, apatah lagi cinta kepada manusia.. Hati mungkinkan setia setelah diijabkabulkan atas dasar wajib mencintainya kerana Allah SWT..


Post a Comment