Friday 8 June 2012

Hati Bukan Untuk Dipermain

Wahai kaum Adam.. Perempuan itu bukan dicipta dari tapak kaki untuk dipijak, bukan juga dari kepala untuk disanjungi.. tetapi dari rusuk sebelah kiri dekat dengan lengan utk dilindungi serta hanpir dgn hati untuk disayangi.. Hati wanita itu sangat mudah tersentuh.. Maka dari itu, janganlah kalian hadir dalam hidupnya jika tidak tahu menghargai.. jangan curi hatinya jika sekadar mahu melukai.. & jangan memberi harapan palsu jika itu membuatnya derita..












Kehadiranmu membuatkan fikirannya melayang jauh hanya kerana teringatkan kamu.. Perhatianmu menyebabkan wanita rasa dihargai & dicintai.. Kemesraanmu menjadikan wanita terasa rindu jika tiada khabar berita daripadamu.. Sehingga mereka yakin yang kalian juga menyayangi mereka.. Sehingga mereka terluka tatkala meluahkan rasa cinta..








Walaupun tiada niat di hatimu.. Walau sebanyak manapun maaf dirimu ungkapkan.. Walau dirimu cuba perbetulkan keadaan.. Kau telah mengukir parut di hatinya..




                                          





Kadang mereka terfikir, masih ramai lagikah gadis kau lakukan seperti itu? Berapa ramai lagikah yang jatuh cinta kepadamu?? Sebanyak manakah hati yang sedang kecewa rasa dipermain keranamu???
Lebih parah jika kau bilang cinta kepadanya sedangkan masih ramai gadis kau katakan sedemikian..




Aku mula sedar lelaki sepertimu hanya mencari keseronokan semata-mata.. ingin mencari mangsa utk menguji kuasa... & bakal pergi begitu sahaja..









Wahai wanita, jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk tidak bercinta sehinggalah engkau yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan..


Buat lelaki.. Lelaki dan perempuan ibarat megnet.. Kalau kalian bersikap terlalu mesra, perempuan2 akan mengambil kesempatan atas kemesraan kalian & ini akan menimbulkan satu harapan dalam hati mereka. Jika kalian sangat mencintakan wanita, kalian pasti tidak mahu mengecewakan mereka.. Rasulullah saw sendiri tidak pernah bergurau-senda dgn mana2 perempuan kecuali dgn isteri2nya.. Wassalam...









1 comment:

Kamil Kahar said...

lelaki yg betul2 inginkan seseorang wanita hanya akan terus masuk meminang... :)

amboi pakai lagu cukup sudah plak...

kakcik...join contest along...hehe...
http://kamilkata.blogspot.com/2012/06/contest-some-tips-for-some-thing-by.html