Friday, 14 September 2012

Berikan Aku Masa

Aku di ambang peperangan yang terbesar buat kali keduanya.. Impianku untuk menggenggam kemanisan dalam peperiksaan mungkinkah menjadi fatamorgana semata-mata.. Mampukah aku membebaskan diri dengan membawa kenangan terindah dalam masa yang singkat ini...

Ya Allah, berikan aku masa.. Berikan aku waktu untuk mempersiapkan diriku dalam memikul harapan yang sangat besar ini.. Permudahkan aku dalam kesukaran menuntut kejayaan.. Tabahkan hatiku dalam berjuang mencakar langit dunia... Jangan biarkan butir-butir indah itu terlepas daripada pangkuanku.. Dalam aku meneruskan perjalananku ini Ya Allah, sucikan hatiku agar ilmu yang diperoleh tidak tercicir.. Bukakan fikiranku agar aku tidak terlena dengan buaian dunia.. Lapangkan dadaku agar aku tidak tertekan dalam mencengkam perkara yang sukar ini.. Kurniakan aku kesihatan & ketenangan agar diriku lancar menghadapi liku-liku perjuanganku.. Tunjukkan aku jalan.. Berikan aku hidayah.. Permudahkanlah urusanku.. Moga-moga aku tidak tersungkur dengan parut yang xmungkin hilang..

Ya Allah, hindarkan aku daripada ketinggalan jauh daripada sahabat-sahabatku.. Hilangkan manik-manik putih yang membasahi pipi andai kepahitan itu yang bakal menjadi milikku.. Kuatkan hatiku untuk bangkit semula menggapai kejayaan yang telah terlepas.. Wujudkan keyakinanku saat diri mula kecewa & hampir rebah.. Pintaku Ya Allah... Jangan jadikan sejarah menyakitkan itu menjadi penyebab aku lumpuh selama-lamanya.. Saat aku jatuh... Hulurkanlah cahayamu mendorong aku bangun dari hati yang retak... Rawatlah hatiku yang punah-ranah dengan sinar hikmahmu.. Jangan biarkan aku terhanyut dengan kekecewaan.. Sebaliknya, jadikan aku seorang yang kuat menghadapi kegagalan.. Hanyutkan perasaan kecewa itu bersama air yang mengalir di sungai yang jernih.. Isikan kekosongan hatiku dengan nur dariMu..

Ya Allah Yang Maha Bijaksana, bantu aku mengunakan kekuatan akal fikiran yang telah Kau kurniakan ini.. Jangan Kau pudarkan nikmatMu yang aku miliki ini Ya Allah.. Sebaliknya, pimpinlah aku untuk tidak mensia-siakannya.. Jangan biarkan aku sendirian saat jiwa lemah & tidak semangat.. Titipkan hidayahMu agar aku tidak dibuai angan & bangkit untuk berpijak di bumi nyata.. Berbekalkan masa yang teramat suntuk ini Ya Allah, jagalah diriku daripada terpesong ke jalan kegagalan.. Bantulah aku untuk tidak menyia-nyiakan perngorbanan guru & ibu bapa yang menaruh harapan yang tinggi.. Hadirkan ukiran senyuman di wajah mereka dengan menjadikan aku insan yang cemerlang.. Agar aku bisa melangkah dengan lancar bagi perjuanganku seterusnya..

Seandainya kejayaan itu milikku, jadikan aku insan yang tidak mudah alpa.. Insan yang sentiasa bersyukur.. Insan yang sentiasa pasrah kepadaMu.. Insan yang bergerak berdasarkan panduanMu.. Insan yang berjuang di jalanMu..  Insan yang sentiasa tabah menghadapi peperangan seterusnya.. Demi kejayaan di dunia & di akhirat......
Post a Comment