Sunday 26 August 2012

Andai Masanya Belum Tiba

Doa khusus bagi sesiapa yang masih menuntut ilmu atau belum bersedia utntuk berkahwin tetapi sudah jatuh cinta pada seseorang.. Buat yang bercinta atau yang bercouple, amalkan doa ni selalu & berhenti sebelum tiba masanya.. Andai masanya sudah tiba barulah boleh bercinta di alam perkahwinan..


Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada melakukan perkara yang tidak memberikan manfaat,
& jauhkanlah aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta suci itu tidak buta.

Ya Allah,
Jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak melebihkan cinta kepadaku daripada cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaanMu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
& jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkanlah kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah & iffah,
Agar kami tidak mengundang murkaMu,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai Ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untukku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buat dirinya,
Berikanlah dia insan yang benar-benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang mampu memimpinnya ke syurgaMu,
& bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cintaMu.

Amin

No comments: